Home | Next


Runtuhkan Masjid - Alang Bidara

Assalamu'alaikum,

Sdra/Sdri,

Selamat bertemu lagi di ruangan ini.

Kali ini mari kita renungkan sejenak mengenai satu aspek tentang masjid.

Di zaman Rasulullah S.A.W., fungsi masjid begitu luas sekali, sehingga di samping untuk ibadat solat, segala kegiatan masyarakat setempat berpusat di masjid.

Di zaman mutakhir, fungsi masjid telah disempitkan skopnya sebegitu rupa hinggakan terbatas kepada kegiatan ibadat khusus sahaja. Bukan itu saja, malah fungsi masjid yang berkenaan ibadat pun nak disempitkan lagi. Ini berlaku apabila kegiatan majlis ilmu nak dihapuskan. Pentadbiran masjid itu juga nak dirampas dari ahli-ahli qariah masjid.

Ini berpunca dari amalan dasar sekular pemerintah yang memang dari dulu menyempitkan fungsi masjid.

Kalau kita renugkan sejenak, kita akan sedar bahawa program televisyen yang menyiarkan program menarik di waktu perdana (prime time) juga adalah berfungsi sebagai peruntuh masjid. Tidak perlu meruntuhkan masjid dengan bull dozer atau membakarnya atau letupan bom. Kalau berbuat demikian, orang yang mengaku Islam tetapi tak bersolat pun akan marah kalau masjid diruntuhkan sebegitu.

Cukuplah sekadar melalaikan umat Islam dengan program-program yang menghalang orang ke masjid. Itu pun pada hakikatnya, meruntuhkan masjid. Menghalang program-program majlis ilmu di masjid juga pada hakikatnya, meruntuhkan masjid.

Apa yang berlaku di masjid-masjid sekitar Puchong (seperti yang diulas oleh Sdra Sapiyan & Tuan Hj Elias), ialah pada hakikatnya proses meruntuhkan masjid oleh puak-puak mungkar (pinjam istilah Tuan Hj Elias).

Maka menghalang proses atau perancangan puak-puak yang hendak meruntuhkan masjid adalah merupakan satu jihad & dituntut dari setiap orang Islam yang sedar dengan menggunakan apa cara sekali pun mengikut bidang-kuasa masing-masing.

Sekian dulu untuk kali ini.

Wassalam.
AY


 
Home | Aktiviti | OrganisasiPedoman | Cawangan-cawangan | Lain-lain Link | Penulis Tamu